Archive for August, 2006

TAK BOLEH LUPA

Sewaktu mula bertemu dulu
Ku anggap kau hanya kawan
Tetapi telah sudah mesra
Berputiknya rasa sayang

Pabila kita tidak bertemu
Terasa rindu di kalbu
Akhirnya kita menyedari
Yang kita sudah jatuh cinta

Di awal percintaan
Sungguh indah
Kau bersumpah depanku
Bahawa kau akan tetap setia
Denganku

Kini mengapa kau lukai hatiku
Di manakah sayang oh janjimu
Ooohhh…

Ku berdoa semoga
Hati mu masih sayang
Dan tak lagi mengguris hatiku

Demi kerana aku cinta padamu
Relanya hatiku memaafkan
Sudah adat bercinta
Ada pahit dan manis
Tetapi jangan sampai terpisah

Selagi di hati masih cinta dan rindu
Selama itulah ku setia
Tak gunanya berpisah
Jika sudah suratan
Di antara kita tidak kan lupa

JAWAPAN DIPERSIMPANGAN

Perjalanan hidup ini sangat panjang
Bagaikan kembara yang tiada hujungnya
Di sini ku berdiri di persimpangan
Jauh pandangan yang kini ku renung

Oh di manakah kau yang ku cari
Dalam kembaraku ini
Mengapa kau singkir ku ke tepi
Bagaikan ku tak berharga lagi

Perjalan hidup ini yang mencabar
Menguji segala kekuatan
Dalam kembara yang penuh debar
Ku berpegang jalanMu oh Tuhan

BERHENTI BERHARAP

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Haa…

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
Woo…

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Haa…
Haa…

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua…

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

ALASANMU..

Ikhlasnya hati
Sering kali disalah erti
Tulusnya budi
Tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan
Kelukaan ini
Kumengalah… ku bersabar

Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu

Manis dibibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlna pastinya terpukau
Pujukmu, rayumu, suaramu
Yang menagih simpati dan harapan

Engkau pastinya tersenyum
Dengan pengunduran diriki
Tetapi bagi ku pula
Suatu ketenangan

Andai kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah
Cara hidupmu

Ada rahmatnya
Bila tidak lagi bersama
Terasa jauh
Diriku ini dengan dosa

Ku tinggalkanmu walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak berubah…

Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu
Semenjak dahulu

TAKDIR DAN WAKTU..

Tidak kutahu mengapakah
Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiri

Tidak kutahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya

Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertemu
Aku gelisah

Kini rinduku menjemput cinta
Yang ditakdirkan denganmu sayang
Bukan pintaku atau mahumu
Semuanya suratanNya

Tapi mengapakah kau sekadar waktu
Cinta yang datang cepat berlalu
Pergimu sayang bersama cinta
Tercalar pedih di dalam dada
Aku tersiksa

Aku terdiam kaku menahan
Bisanya menikam kalbuku
Separuh nyawa ku pandang wajah
Di depan kaca

Tutup kembali gerbang hatiku
Tidak bermaya langkah kakiku
Di saat ini

Tidak kusangka jadi begini
Terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti
Sungguh pilu di hatiku

Untuk melepaskanmu demi kerana
Ku masih sayang, sayang padamu
Terbangkit resah di dalam kalbu
Terhimpun rindu (sayang)
(Luka cintaku)

MIMPI YANG TAK SUDAH..

Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman

Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah

MUTIARA KATA..

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas.Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." (La Roche)

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) " Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatuatau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) " Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. ( Harieta Wahab)

41) Hadiah Terbaik

Kepada kawan - Kesetiaan

Kepada musuh - Kemaafan

Kepada ketua - Khidmat

Kepada yang muda - Contoh terbaik

Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.

Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan

Kepada manusia - Kebebasan

42) " Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) " Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) " Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,

Harta itu satu tamu yang akan berangkat,

Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" ( Saidina Ali)

47) " Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang" (Saidina Ali)

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."

49) " Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."

BAGI YG INGIN BERUMAHTANGGA..

CERITA UNTUK TELADAN BAGI LELAKI/WANITA YG INGIN MENDIRIKAN MASJID………

Hayatilah……… Antara persoalan yang sering bermain di fikiran ialah sejauh mana kita pasti bahawa kita telah memilih individu yang sesuai sebagai pasangan hidup?Bak kata orang puteh "How sure are we that he or she is the right person for us?" Yang susahnya, berupayakah kita untuk menilai perwatakan seseorang sebelum berkahwin? Seringkali kita terdengar rungutan bagaimana suami berubah menjadi seorang yang panas baran dan cepat tangan sedangkan semasa bercinta dahulu, pijak semut pun tak mati. Ada juga situasi di mana si isteri bertukar menjadi seorang yang paling selekeh sedangkan dahulu beliau sering berdandan rapi semasa hendak keluar berdua.

Ada pasangan yang benar-benar percaya bahawa cinta adalah segala-galanya. Benarkah begitu? Entahlah… saya sendiri kurang pasti.Seseorang pernah menasihati saya bahawa cinta itu boleh datang dan pergi.Mungkin hari ini anda dicintai dan dibelai sepenuh hati, tetapi bolehkah anda jamin bahawa sidia tidak akan berubah hati 20 atau 30 tahun dari sekarang?

Tentu sukar kerana ini bukan cerita Hindustan tetapi realiti. Memang benar kita tidak boleh memaksa mahupun menjamin kasih sayang seseorang tetapi sekurang-kurangnya anda telah meneliti segala aspek personaliti dan tolak ansur pasangan sebelum anda berkahwin.

1. Pegangan Agama -Bagaimanakah pegangan agama pasangan anda? Jika isteri memerlukan tunjukajar, adakah anda sanggup mendidik serta memberi semangat? Lebih-lebihlagi jika beliau saudara baru. Bagi yang wanita, adakah anda pasti bahawa pasangan anda boleh menjadi ketua keluarga yang baik dan seterusnya mendidik anda ke jalan yang benar?

2. Menyayangi Pasangan -Adakah anda menyayangi pasangan yang bakal dikahwini? Jikalau ianya atas pilihan keluarga, adakah anda redha dengan pasangan yang telah dipilih? Bagaimana jika setelah sebulan berkahwin, anda terjumpa wanita atau lelaki idaman? Jika pernah berkasih dengan orang lain sebelum ini,sanggupkah anda melupakan segala-galanya dan mulakan hidup baru?

3. Kesihatan -Adakah anda pasti tentang tahap kesihatan masing-masing? Pastikan bebas daripada pengaruh dadah atau penyakit jangkitan kelamin. Jika pasangan mempunyai rekod penyakit genetik yang mungkin menimpa anak-anak, adakah anda telah bersedia dan sanggup dari segi mental? Tanya diri sendiri samada sanggup untuk menghadapi risiko. Jangan tinggalkan keluarga kala malang menimpa.

4. Zuriat- Bagaimana jika pasangan tidak dapat memberikan zuriat. Bincang perkara ini sedalam-dalamnya, adakah anda berdua sanggup mengambil anak angkat atau bagi yang wanita, mengizinkan suami berkahwin lain. Memang kelihatan sukar untuk dibincangkan tetapi bukankah lebih baik jika anda mengetahui perdirian pasangan mengenai perkara ini sebelum berkahwin?

5. Kewangan- Perkara ini mungkin kelihatan remeh tetapi akan menimbulkan masalah besar jika tidak dipersetujui dari awal. Anda berdua harus berbincang bagaimanakah perbelanjaan keluarga patut dibahagikan. Adakah suami menanggung 70% manakala isteri 30% atau masing-masing 50%. Atau adakah suami sanggup menanggung 100% perbelanjaan manakala isteri menyimpan wang gaji sebagai simpanan keluarga. Jika suami mahukan isteri menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, pastikan anda telah berbincang mengenai wang kocek ataupun elaun. Yang penting, tanya semua aspek tentang kewangan. Mungkin ada diantara pasangan yang akan bertengkar semasa sedang berbincang mengenai perbelanjaan keluarga tetapi sekurang-kurangnya anda akan tahu sifat serta prinsip hidup pasangan mengenai wang SEBELUM anda berkahwin.

6. Kerjaya dan Cita-cita- Adakah anda pasti tahap cita-cita pasangan anda? Bagi wanita, sudahkah anda berbincang dengan pasangan mengenai cita-cita serta kemahuan kerjaya yang ingin anda kecapi? Adakah pasangan sebagai suami mendorong serta bersetuju untuk memberikan sokongan atau sebaliknya? Bincang dengan hati terbuka lebih -lebih lagi jika anda bercita-cita tinggi. Bagi lelaki yang bercita-cita tinggi, elok jika anda memberitahu pasangan tentang peranan yang anda harapkan daripada seorang isteri supaya pasangan anda boleh membuat keputusan yang sewajarnya.

7. Kesesuaian- Adakah anda berdua sesuai untuk masing-masing? Adakah anda seorang yang peramah manakala pasangan pula seorang yang pendiam? Atau andakah anda seorang yang pembersih dan dia pula seorang yang selekeh? Sesuaikah anda? Anda sendiri yang pastikan kerana kadang-kala "opposite attracts" tetapi ada juga dari awal-awal lagi sudah tidak sesuai sikap tetapi mungkin tertarik diantara satu sama lain kerana faktor lain seperti rupa paras ataupun kedudukan.

8. Persefahaman- Sudahkah anda berbincang mengenai jadual pulang ke kampung semasa hari raya? Mungkin kelihatan remeh tetapi jangan terkejut jika topik balik kampung menjadi punca pasangan suami isteri bermasam muka di pagi raya!

9. Keluarga Mertua -Kesuaian serta persefahaman dengan keluarga mertua adalah sangat penting untuk menjamin kebahagiaan rumahtangga. Adakah anda serasi dengan keluarga pasangan? Jangan lupa bahawa apabila berkahwin, anda bukan sahaja "berkahwin" dengan anak perempuan atau anak lelaki mereka, malah dengan keluarga mereka juga.

10. Keperluan Seksual -"Absolutely no testing here!!". Maksud sebagai keperluan seksual adalah… bolehkah pasangan anda memenuhi citarasa seksual anda? Maksudnya, wanita atau lelaki yang bakal anda kahwini mestilah sekurang-kurangnya menarik minat anda dari segi seksual kerana keperluan batin adalah sebahagian daripada kehidupan berkahwin. Hadapilah dengan berani!"

SEBAB UNTUK BERCINTA

SEBAB UNTUK MENCINTAIMU…
CINTA KITA…
Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian
berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik.
Kemudian…
si isteri bertanya kepada
si suami.

Isteri : Mengapa abang menyukai saya?
Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan
sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan menyintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?
Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan
abang tidak boleh menerangkannya?

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi
abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya
hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain
yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa
mereka saling menyintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak
boleh terangkan sebabnya mengapa abang menyintai
dan menyayangi saya?

Si suami menarik nafas panjang dan dia
berkata, "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab
Sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang
selalu.
Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah
cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan
penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri
mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk
surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil
isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi:

"Sayang!Jika disebabkan suara abang menyintaimu…
sekarang bolehkah sayang bersuara?
Tidak!
Oleh itu abang tidak
boleh menyintai sayang. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan abang menyintai sayang…
sekarang bolehkah sayang menunjukkannya?
Tidak!
Oleh itu abang tidak
boleh mencintai sayang.
Jika disebabkan senyuman abang mencintai sayang…
sekarang bolehkah sayang
tersenyum?
Tidak!
Oleh itu abang tidak boleh
mencintai sayang.Jika disebabkan
setiap langkah abang mencintai sayang…
Sekarang bolehkah sayang melangkah?
Tidak!
Oleh itu abang tidak boleh mencintai sayang.
Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang.
Abang tidak
mempunyai sebab mencintai sayang lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak!
Abang masih menyintai sayang dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat atau dipegang.
Namun begitu…
Ia boleh dirasai dalam hati."

sekadar pengetahuan……..

MAKNA SOALAN PEREMPUAN

Makna Soalan Perempuan
1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!
3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini,yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.
5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.
6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
7.Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you a. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku…
9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap
jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Ini cuma contoh saja. Tapi, memang ia selalu berlaku.Kalau tak percaya,cuba tanya isteri atau awek masing-masing, betul tak
cakap di mulut tak sama dengan niat di hati. Bukannya kaum perempuan ni tak jujur dalam meluahkan isi hati mereka tapi, maklum la,
kaum perempuan ni kan pemalu……..tapi jangan ingat depa lemah…AWAS!

« Previous entries