Archive for October, 2006

Siapa suami yang baik?

Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki:

1. Yang berkemampuan.
Sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda, barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."

Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda.
Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri.
Apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga.
Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk.
Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan.
Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.

7. Mudah memaafkan.
Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah.
Eeelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

Oleh itu buatlah pilihan dengan tepat dan seadil-adilnya kerana ianya akan menjamin masa hadapan yang bahagia.

Wallahua’lam.

Dunia ini adalah penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang yang kafir.

ada apa dengan hari raya…

hmmm.. tak sangka cepat sungguh masa berlalu.. rasanya baru saja posa.. tup2 dah nak raya.. mungkin sbb tahun ni aku kheja.so, masa byk abis kat tmpt keja.tak rasa sgt masa posa ni..

raya tahun ni?rasanya sedikit meriah kot sbb auntie aku dr negeri 9 nak balik.. kalo tahun2 sblm ni aku akan balik kg kat kuala kurau saja sedara sblh abah aku.. tahun raya ngan family mama aku.. yg sememangnya aku dah rapat ngan depa ni..

persiapan?aku tak beli byk.. sepasang baju kurung ngan sepasang kasut.. yg lain2 pakai saja yg mana ada.. beserhana saja.cuma byk abih kat rumah ngan family.. thn ni aku support utk beli bahan2 nk wat kuih raya.. blehla tlg mama aku skit..

kuih raya?sapa nak rasa kuih raya yg aku n adik aku buat, mai la rumah.ada dalam lima jenis kot.kuih moden.kuih tradisional beli jer.. pelik kan.. tp kan kuih tradisional ni susah nak buat… dodol.. sedapnya.. aku nk makan dodol yg tok aku buat.. lain dari lainnya.. tak sama ngan dodol beli kat kedai..

ziarah?rasanya selain umah family, nk gak g umah mmbr2 aku.. tp tak plan lg pun ngan geng aku.. lg pun cuti pjg ni.. takkan nk lepak umah tgk tv je kot.. ntahla.. aku ni ikut org jer.. almaklumla transport pun takde..

aku harap raya ni best.. dpt jumpa kwn2 n family semua.. selamat hari raya!!