Archive for April, 2007

dunia batinku..

Selaluku bayangkan bagaimanakah
Agaknya rasa ditempatmu
Disamping kekasih yang membelai
Hati dan perasaanmu oh kawanku

Malu ku nak cerita
Kerana ku tak mahu kau sampai baca rahsiaku
Biarlah tak siapa yang tahu
Gejolak didunia batinku

Zahir kau lihat bukan segala-gala
Bibir tersenyum menutup jiwa yang luka
Zahir kau lihat hanya antara lapis
Mataku sinar bergenang tangis

Memang nasib bercinta
Kerap terhenti disimpang hidup, rindu dan cahaya
Kekasih yang setia
Kekasih yang amat sempurna cintanya

Demi cinta yang benar…

TIADA DENDAM DIHATI..

Lautan Yang Berapi
Daratan Yang Berduri
Bagiku Bukan Musibah
Malahan Hikmah Berharga

Katalah Apa Saja
Yang Jelik Penuh Dusta
Kau Bebas Warnai Diriku
Di Minda Yang Kelabu

Chorus
Siapa Diri Ini
Tuhan Yang Memahami
Amarah Dan Kecewa
Hanyalah Bara Membakar Jiwa

Sungguh Pun Ku Terkilan
Terguris Perasaan
Ku Pilih Berdiam Diri
Tanpa Dendam Dihati

BISAKAH…….

Daku Terasa Ingin Membawa
Cinta Yang Terlara Ke Titik Mula
Kembali Mencuba Untuk Kali Kedua
Menggilapkan Gerhana Jiwa

Pernah Ku Terasa Ingin Merayu
Pada Kasih Dulu Pulang Padaku
Lupakan Dosaku Putihkan Kelabu
Tenangkan Amarahmu
Namun…

Bisakah Yang Terpadam Dinyala
Bisakah Yang Terhina Dicinta
Walau Ku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu

Naluri Meminta Kuungkap Kata
Seindah Bahasa Janjikan Setia
Akan Bersemilah Cinta Dihatinya
Percaya Ku Semula
Namun…

Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Yang Dusta Dimaafi
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu

Bila Senduku Berlinang Sayu
Dalam Rindu Ku Tertanya

Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Hatiku Difahami
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu

DUHAI LELAKI..

Duhai insan yang bergelar lelaki…
Mengapa dikau tidak jujur dengan dirimu sendiri
Andai tiada keyakinan dalam menjalinkan sebuah perhubungan
Jangan diletakkan harapan palsumu pada insan yang
dikau anggap lemah ini

Jangan dipermainkan perasaan seorang wanita
Perasaan wanita tiada pertengahannya
Andai ada rasa sayang,
Sesungguhnya wanita sangat sayang padamu
Tetapi andai sudah benci,
Walaupun dihati sudah memaafkanmu,
Rasa benci tetap ada walau sekelumit
Bukan daku membencimu wahai lelaki
Ini sekadar luahan dari hati wanita yang terluka

Pergilah jauh wahai lelaki
Kerana hati wanita tak mampu menerima 2 cinta sekaligus
Sesungguhnya ALLAH menguji kita
Agar kita tetap akur
Bahawa hanya cinta padaNYA
Itu cinta yang terUTAMA!

Andai dikau pasti wanita itu anugerah ILAHI untukmu
Yang akan menemanimu dalam melayari kehidupan tak bertepian ini
Dengan berbekalkan petunjuk dariNYA
Suntinglah dia sebagai permaisuri hatimu dengan hati yang ikhlas
Untuk sama-sama menemui cinta suci dariNYA…

DUHAI LELAKI..

Duhai insan yang bergelar lelaki…
Mengapa dikau tidak jujur dengan dirimu sendiri
Andai tiada keyakinan dalam menjalinkan sebuah perhubungan
Jangan diletakkan harapan palsumu pada insan yang
dikau anggap lemah ini

Jangan dipermainkan perasaan seorang wanita
Perasaan wanita tiada pertengahannya
Andai ada rasa sayang,
Sesungguhnya wanita sangat sayang padamu
Tetapi andai sudah benci,
Walaupun dihati sudah memaafkanmu,
Rasa benci tetap ada walau sekelumit
Bukan daku membencimu wahai lelaki
Ini sekadar luahan dari hati wanita yang terluka

Pergilah jauh wahai lelaki
Kerana hati wanita tak mampu menerima 2 cinta sekaligus
Sesungguhnya ALLAH menguji kita
Agar kita tetap akur
Bahawa hanya cinta padaNYA
Itu cinta yang terUTAMA!

Andai dikau pasti wanita itu anugerah ILAHI untukmu
Yang akan menemanimu dalam melayari kehidupan tak bertepian ini
Dengan berbekalkan petunjuk dariNYA
Suntinglah dia sebagai permaisuri hatimu dengan hati yang ikhlas
Untuk sama-sama menemui cinta suci dariNYA…

ada apa dengan accident..

hmm.. 16/4/2007 hari yang bersejarah bagi aku..

aku accident.jatuh motor.. waktu tu aku mengharungi hujan yang sangat lebat utk gi keje.. nak mencari rezeki.. time tu terasa susah sgt aku nak cari duit sendiri.. Insaf seketika..

aduh.. sadiss tul waktu tu.. dengan deretan kereta yg memenuhi jalan,aku jatuh di kesempitan jalan tu.. nasib baik ada polis yg baik hati tolong aku..

Alhamdulillah.. aku cuma cedera ringan.. tapi 3 hari gak MC.. sakit satu badan..

sebenarnya time accident tu aku jd cam tak bleh pikir.. bila dah dok umah baru aku pikir, bersyukurnya aku sebab aku hanya cedera ringan n masa tu pun kenderaan lain bergerak perlahan.kalo la semuanya laju.. Nauzubillah.. tak tau la apa jadi..

Lepas ni mmg kena lebih berhati-hati.. kdg2 rasa takut gak.. tapi nak wat camner, dah tu transport utama aku.. pada kawan2 yg baca blog ni.. hati-hati dijalan raya.. ‘malang tak berbau’..