‘kegembiraan berganda’
Alhamdulillah.. nmpknya thn 2009 ni memberi 1001 kebahagiaan buat diriku.. Penantian aku selama ini di balas dengan kegembiraan berganda..
Tanggal 1 januari 2009 aku bergelar tunangan kepada KHAIRUL ANAS. Syukur ke hadrat Illahi kerana insan ini menerima diriku seadanya.. terima kasih cinta untuk segalanya, kau berikan aku ruang untuk berkongsi kasih, cinta dan rindu.. Doaku semoga ikatan kita ini berbahagia di dunia dan akhirat..
KPLI..
12 Januari ini aku akan bergelar pelajar semula.. aku akan mengikuti KPLI di Institut perguruan raja melewar, seremban dalam jurusan pengajian sains sekolah rendah.. Setelah 4 kali aku memohon, thn ini aku mendapat tawaran. Syukur Alhamdulillah..
Harapanku semoga perjalanan kisah cinta dan kerjaya ini akan berjalan lancar..